Nilai yang diterapkan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran

Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:

  1. Amanah;
  2. Tanggungjawab;
  3. Ikhlas;
  4. Dedikasi;
  5. Sederhana;
  6. Tekun;
  7. Bersih;
  8. Berdisiplin;
  9. Bekerjasama;
  10. Berbudi Mulia; dan
  11. Bersyukur.

Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara.